Tuesday, September 9, 2008

Views

by Nora Ariffin
September 7 at 1:10pm
Personally l think better not classify 'Nasyid' or 'Hip Hop' etc. They shud just screen the lyrics first and let them in. My dad once said even some Nasyid isnt like the original one, I guess u call it 'Nasyid Moden' but y classify them as such. Thats the whole problem once it is classified without thinking n checking the whole meaning of the song we can straight away say NO to the genre. I love music and appreciate them. If the way to get to the younger generation is thru music, so be it! Mayb hv the stadium..a partition for males n females if they r particular abt the nite being out of control, afterall we all hv hps to contact each other after the event. Hehehe...Of course u dont hv to agree wit me...l always hv weird ideas.

Antara irama lagu dan kebebasan bermuzik.

Antara irama lagu dan kebebasan bermuzik.
Oleh:FAHMY MOKHTAR
 
Ada muzik yang datang dari Indonesia ke Kuala Lumpur, dari Amerika ke Johor Bahru, dari Jamaica ke Kedah dan dari Eropah ke Pulau Pinang. Ada juga yang datang dari padang pasir, dan ianya di kenali sebagai muzik dari padang pasir. Setiap masyarakat di dunia ini memilih muzik sebagai satu bahan untuk pentaskan budaya masing-masing di samping menyampaikan ideologi-ideologi berteraskan pemahaman masing-masing, apa yang dipercayai dan apa yang tersirat antara mereka. Jelasnya muzik yang berteraskan fahaman cinta di terima ramai seluruh dunia amnya. Jika di Indonesia muzik Dangdutnya, di Jamaica dengan muzik reggae mereka. Itu pilihan masing-masing. Di Amerika, muzik digunakan sebagai pentas terbaik meluahkan apa yang tersirat. Di Kedah pula, konsert yang melibatkan muzik rock, reggae, pop dan dangdut adalah tidak dibenarkan. The Star melaporkan Kerajaan Negeri Kedah melaksanakan satu formula untuk mengelakkan gejala sosial yang telah lama ada sejak dari dahulu di Kedah dan dengan itu konsert yang melibatkan muzik rock, reggae, pop dan dangdut adalah tidak dibenarkan. "We are currently formulating a comprehensive guideline for concerts. "Until then, concerts of such nature are banned," State executive councilor Dr Ismail Salleh, taken from The Star Online 29 August 2008. Dari sini, kita melihat bahawa sebarang unsur-unsur muzik tersebut sesama sekali tidak dibenarkan. Adakah artis yang membawakan aliran muzik-muzik tersebut yang tidak dibenarkan untuk membuat persembahan, atau muzik mereka, atau jika artis yang membawakan unsur-unsur muzik tersebut dan imej muzik mereka yang tidak dibenarkan? Atau hanya muzik yang berunsurkan ketuhanan sahaja yang dibenarkan? Lagu-lagu ketuhanan banyak dikaitkan dengan muzik ala nasyid dan bila terdengar muzik ala nasyid kita terbayangkan penggunaan alat muzik gendang yang menyerlah, kedengaran seperti muzik dari padang pasir. Di Indonesia, sebuah kumpulan muzik pop, Ungu, berjaya menambat hari ramai dengan lagu ketuhanan mereka, Andai Ku Tahu. Di Amerika, Native Deen, yang terdiri dari beberapa orang kulit hitam yang beragama Islam merombak muzik jenis hip-hip r&b untuk menyampaikan dakwah Islam. Ini adalah muzik citarasa masyarakat Amerika, yang rata-ratanya pemuda dan pemudi. Harus di ingatkan juga di Amerika juga ada aliran jenis muzik 'Christian Rock' yang juga artisnya itu juga terkenal di Malaysia. Di Malaysia pula, Akademi Nasyid melahirkan idea-idea baru tentang muzik berunsurkan Islam. Di peringkat akhir siri tv realiti tersebut membariskan pemuzik handalan sebagai tunjang belakang muzik di samping kretiviti peserta pertandingan. Ada juga yang bernasyid dengan menggunakan gitar dan mereka mempunyai kepandaian untuk melakarkan melodi menggunakan suara dengan teknik-teknik yang terbaik, dengan harapan untuk menjuarai Akademi Nasyid tersebut. Kehadiran Ramli Sarip dengan lagu Perjalanan Hidup cukup menghiburkan. Sebuah lagu yang sedap menceritakan tentang kehidupan di muka bumi Tuhan. Menambat ramai orang-orang termasuk dewasa. Apa yang dikatakan oleh Dr Ismail Salleh adalah sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan secara tepat dan membingungkan ramai pihak dan artis sendiri. Bagaimana jika artis itu membawakan muzik yang tidak kedengaran seperti muzik Nasyid padang pasir, tetapi berunsurkan ketuhanan disamping campuran kretiviti dari pelbagai jenis muzik supaya ianya sedap didengar oleh semua. Muzik yang sedap didengar pasti akan menambat ramai. Kumpulan Raihan muncul dan berjaya menawan ramai kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga perlukan sentuhan muzik untuk kita sampaikan apa yang sepatutnya disampaikan mengikut tahap kedewasaan mereka, dan jika kita ingin menjaga moral para remaja kita, harus juga kita menggunakan muzik yang menjadi citarasa remaja masakini. Sedangkan muzik yang tergolong dalam muzik pop dan rock tidak dibenarkan langsung di Kedah dan kita telah membuang jenis muzik yang diminati remaja. Di Kedah, konsert rock juga telah lama tidak ada. Bukan hanya setelah apabila kerajaan PAS mengambil alih, dan pastinya dari dahulu juga gejala sosial telah ada di Kedah. Peraturan yang ditetapkan JAKIM dalam pertandingan Nasyid kebangsaan sendiri seharusnya di pertimbangkan demi mewujudkan satu jawatan kuasa yang lebih terbuka dalam menilai satu-satu artis yang membawakan muzik-muzik mereka. Dari peraturan tersebut tercatit nasyid tradisi bermaksud lagu yang mengandungi unsur-unsur antaranya bayati, nahwan, sikah, ras, sobah, hijaz dan lagu nasyid moden ialah lagu selain daripada lagu tradisi tetapi hendaklah tidak termasuk rentak seperti rock, heavy metal, jazz, hip hop dan rap. Sedangkan rentak seperti jazz, hip hop dan rap adalah muzik kegemaran remaja masakini. Jika rentak ini dibawakan dengan mesej ketuhanan pasti dapat menarik remaja untuk mendengar dan menghayati lirik-lirik di dalam lagu tersebut. Bukankah ini secara logiknya kita fahami dapat mengawal gejala sosial dan keruntuhan moral. Lagu Malique berduet dengan M Nasir, Mentera Beradu amat tepat dengan citarasa remaja. Lagu Alhamdulillah dari Too Phat juga. Tetapi ini bukan dalam kategori Nasyid Moden kerana terdapat unsur-unsur rap dan hip hop. Lagu ketuhanan, Andai Ku Tahu, dari kumpulan Ungu tidak dikira Nasyid Moden, kerana terdapat unsur pop. Membuat lirik ketuhanan itu memerlukan keikhlasan dari pencipta. Dan untuk memenangi pertandingan ini gubahan lagu harus di ambil kira oleh peserta dan kretiviti mereka terbatas dengan peraturan jenis muzik. Tetapi jika unsur-unsur pop dan jazz di gunakan pasti dapat menambat ramai untuk mendengar lagu-lagu ketuhanan. Kretiviti peserta untuk menyampaikan mesej cintakan Tuhan dan Islam juga adalah utama. Jika semua ini diambil perhatian oleh Dr Ismail, pasti ramai anak-anak muda di Kedah ini yang lebih berkeyakinan untuk tidak membuat aktiviti membuang masa seperti merempit dan maksiat. Semoga kita kearah kebaikan.

Saturday, August 23, 2008

PETISYEN 90:10 by KARYAWAN


1 - Abang rasa, petisyen atau cara menyiarkan lebih banyak lagu tempatan tu boleh mengembalikan semula nyawa industri muzik kita di malaysia?
2 - Apakah kebebasan peminat untuk mendengar lagu Indon disekat dengan adanya petisyen sedemikian?
3 - Sebagai komposer, apakah abang rasa abang dan rakan komposer yang lain juga mempunyai cara lain untuk meningkatkan kembali industri muzik malaysia kita?
4 - Pada pengamatan abang sendiri, apakah muzik kita lebih lemah berbanding muzik seberang?
5 - Atau, apakah abang fikir kesukaan peminat terhadap muzik indon bersifat sementara? Maknanya, satu masa nanti mereka akan kembali meminati muzik tempatan?


1- Macam mana karyawan bole tiba ke nisbah tersebut?Whats the reason behind the ratio?Adakah nisbah tersebut dapat membantu kedua2 belah pihak?Pada abg kalau nisbah tersebut boleh mendatangkan kebaikan economy dan jangka panjang kepada KEDUA2 belah pihak...why not?Tapi how they arrived to that ratio is important...In the muzik industry every elemen ( semua penggiat2 termasuk PENDENGAR) adalah sama penting ...its a chain...jadi keputusan perniagan harus di sokong dgn fakta2 dan cara2 kita mencapai keputusan itu...

2- Sejujurnya perkara ni pada abg seperti rekod buruk yg di ulang2 sampai lumat dari zaman titiek puspa...mochsein...broery dan emilia contessa...akhir sebuah impian...karimata...vina panduwinata...dllyods...utha likumahuwa...ruth sahanaya...hetty koes endang...endang s.taurina...abg bole go on sampai besok...memang dari dulu kita suka lagu indon...siapa tak pernah suka lagu indon? WIDURI sama hebat dgn laguTAN SRI P RAMLEE...semua pun buat mcm lagu ala2 broery...god bless..a ryanto...sampai la skarang...its a cycle...ia akan berulang takkan berhenti..mereka akan tetap ada...But...we r still around...cuba lihat balek sejarah...cari lagi fakta2...data2...Semua negara berhak dan harus mengutamakan produk local masing2 termasuk indon...mesti ada nisbah...ini ada lah logical...kena protect TAPI...JGN OVER PROTECTIVE...nanti makan diri...jadi buat nisbah ni kena ada sikap objective dan setiakawan...Adakah dgn sentiasa adanya mereka ini,kita semakin ketandusan artis2? Mereka menyekat periuk nasi kita?Ramaikah artis2 kita lari buat kerja lain?TAK JUGAK...makin ramai...bekali kali ganda ramai nya sekarang : sesiapa sahaja kira pakai jari pun setuju memang ramai ...tak payah panggil expert ...tak payah statistics...hahahaha...lagi "teruja" anak2 muda kita terjun buat album /single.Selalunya kalau sesebuah indusrti itu lesu...mesti la semua cabut...buat bisnes lain !(bukan lah semua boleh jadi mcm tony fernandes..hehe)Tapi ia tidak berlaku pun ....hairan? ...kenapa masih ramai lagi yang masih mencuba...maseh menjadikan sumber mata pencarian walau pun kononya industri lesu...Ada data2 untuk analyse issue ini? Takde...Nak tanya siapa?

3 - Abg tidak boleh mewakili rakan2 yg lain...kerana masing2 ada cara tersendiri....tetapi policy kami di r.a.p. serupa dari 20tahun dahulu..
TO BE ECONOMICALLY AND ARTISTICALLY SUCCESSFUL ( so as to be optimistic).Cara ini perlukan ketahanan ketekunan kesabaran dan sifat dan "work culture" yang berbeda dan sentiasa mengasah "skill" dan menambah ilmu (angan mudah puas)Kita harus bersikap INDEPENDENT ,SELF SUFFICIENT dan menanam sifat jangan mengalah...ini lah cara yg kami percaya;cara yg susah tapi terbaik...alhamd...r.a.p. tahun ini 20tahun ...sungguhpun tak semeriah dulu...tapi kami teruskan... berbekalkan kepercayaan diri dan kesungguhan (passion vision and determination )Insyallah...Bunyi nya seperti abg tak kisah...I DO CARE ABOUT the industry...ye la mungkin suatu hari anak2 abg pun jadi penggiat seni muzik...tapi selalunya abg mengambil "the parallel approach" kerana ia lebih selamat (peka tapi tak mau terlibat dan terperangkap...buang masa)...Kami selalunya membuat perancangan sendiri...dan usahakan sendiri....independently..sehingga berjaya...memang makan masa..tapi baik untuk jangka masa panjang..Contoh Sheila,Zainal,Afdlin,Atilia,KRU,Search,Siti Nurhaliza...adalah hasil dari perancangan dan developement ...

Bakat bukannya minat
Lambat bukanlah penat
Cepat takut tak tepat
Dapat berkongsi rapat..
Ingat pantun ni ?
 
Untuk industry muzik kesayangan kita ni....  Abg tidak tau bagaimana kita nak menyelesaikan sesuatu perkara berkenaan dgn economy atau apa sekali pun tanpa fakta2 dan data2?

4 - Tidak ada kelemahan dalam muzik kita...Abg masih percaya muzik melayu is the most sweetest and soulful...hanya kelemahan dalam diri dan sifat pengiat2 seni muzik...Kebanyakan nya tidak ada perancangan yg rapi.tidak menggunakan fakta2 atau methodology yg sesuai dan tepat untuk menyelesaikan sesuatu...ramai diantara kita yg jahil dan senang dibuli.dan dipersendakan...kerana tidak berilmu...banyak hanya bercakap kosong tanpa bukti kukuh dan fakta2 ,statistik utk menyokong argumen mereka.... jadi banyak perkara yang di bincang pun kosong...tapi bising...hehehe... biasa la....Tanya "manager2" artis kita apa kah perancangan untuk artis2 mereka...jangka pandek...jangka panjang...selain kru dan bbrp artis2 nasyid yg berpandangan jauh (mereka tekun)...banyak yang tak tau hujung pangkal...Kebanyakannya tidak peka dgn perubahan besar dunia muzik...alatan2 dan cara membeli sudah evolved...tapi kebanyakan kita masih "barking at the wrong tree"...bergaduh sesama sendiri...menyalahkan tindakan masing2...mengapa?Kerana memang tidak ada sesiapa yg boleh disalahkan selain diri mereka sendiri...Masih lagi bercerita bagaimana nak jual banyak cd?Seolah olah hendak memperbaiki sesuatu barang yg tidak lama lagi akan pupus (obsolete)?Kalau album tak jual,mcm mana artis2 kita boleh survive selama ni?Maknanya perniagaan muzik masih aktif tapi "commodity" nya dan cara pembelian dan jualan sudah berubah"sudah evolved".Ada statistics?Tanya AIM;ada data2 yang boleh membantu kita analyse the indusrtry?Saya pernah cuba...mereka tak de...bz buat MLM ANUGERAH...Sekarang ni zaman tanya berapa banyak artis u punya DOWNLOADS? Bukan cd sales!Endorsements,synchronisations (music related business e.g.ringtones),private shows,events...etc.Ini semua pun pendapatan,bukan cd sales sahaja menjadi ukuran...Kita sepatutnya bertanya bagaiman kita nak exploit this perubahan...Orang2 senior dlm industry harus belajar dari anak2 muda kerana mereka lebih peka dan banyak yg kita boleh pelajari..."the young teach the old ...the old guides the young"...

5 - Pada abg...perniagaan muzik ni mcm menanam tanaman ...memang bermusim...kita harus bijak menguruskan tanaman kita...takkan nak salahkan cuaca yg kita dah tau tabiat nya?

WASSALAM
IKHLAS
ABG ROSLAN AZIZ