Saturday, August 23, 2008

PETISYEN 90:10 by KARYAWAN


1 - Abang rasa, petisyen atau cara menyiarkan lebih banyak lagu tempatan tu boleh mengembalikan semula nyawa industri muzik kita di malaysia?
2 - Apakah kebebasan peminat untuk mendengar lagu Indon disekat dengan adanya petisyen sedemikian?
3 - Sebagai komposer, apakah abang rasa abang dan rakan komposer yang lain juga mempunyai cara lain untuk meningkatkan kembali industri muzik malaysia kita?
4 - Pada pengamatan abang sendiri, apakah muzik kita lebih lemah berbanding muzik seberang?
5 - Atau, apakah abang fikir kesukaan peminat terhadap muzik indon bersifat sementara? Maknanya, satu masa nanti mereka akan kembali meminati muzik tempatan?


1- Macam mana karyawan bole tiba ke nisbah tersebut?Whats the reason behind the ratio?Adakah nisbah tersebut dapat membantu kedua2 belah pihak?Pada abg kalau nisbah tersebut boleh mendatangkan kebaikan economy dan jangka panjang kepada KEDUA2 belah pihak...why not?Tapi how they arrived to that ratio is important...In the muzik industry every elemen ( semua penggiat2 termasuk PENDENGAR) adalah sama penting ...its a chain...jadi keputusan perniagan harus di sokong dgn fakta2 dan cara2 kita mencapai keputusan itu...

2- Sejujurnya perkara ni pada abg seperti rekod buruk yg di ulang2 sampai lumat dari zaman titiek puspa...mochsein...broery dan emilia contessa...akhir sebuah impian...karimata...vina panduwinata...dllyods...utha likumahuwa...ruth sahanaya...hetty koes endang...endang s.taurina...abg bole go on sampai besok...memang dari dulu kita suka lagu indon...siapa tak pernah suka lagu indon? WIDURI sama hebat dgn laguTAN SRI P RAMLEE...semua pun buat mcm lagu ala2 broery...god bless..a ryanto...sampai la skarang...its a cycle...ia akan berulang takkan berhenti..mereka akan tetap ada...But...we r still around...cuba lihat balek sejarah...cari lagi fakta2...data2...Semua negara berhak dan harus mengutamakan produk local masing2 termasuk indon...mesti ada nisbah...ini ada lah logical...kena protect TAPI...JGN OVER PROTECTIVE...nanti makan diri...jadi buat nisbah ni kena ada sikap objective dan setiakawan...Adakah dgn sentiasa adanya mereka ini,kita semakin ketandusan artis2? Mereka menyekat periuk nasi kita?Ramaikah artis2 kita lari buat kerja lain?TAK JUGAK...makin ramai...bekali kali ganda ramai nya sekarang : sesiapa sahaja kira pakai jari pun setuju memang ramai ...tak payah panggil expert ...tak payah statistics...hahahaha...lagi "teruja" anak2 muda kita terjun buat album /single.Selalunya kalau sesebuah indusrti itu lesu...mesti la semua cabut...buat bisnes lain !(bukan lah semua boleh jadi mcm tony fernandes..hehe)Tapi ia tidak berlaku pun ....hairan? ...kenapa masih ramai lagi yang masih mencuba...maseh menjadikan sumber mata pencarian walau pun kononya industri lesu...Ada data2 untuk analyse issue ini? Takde...Nak tanya siapa?

3 - Abg tidak boleh mewakili rakan2 yg lain...kerana masing2 ada cara tersendiri....tetapi policy kami di r.a.p. serupa dari 20tahun dahulu..
TO BE ECONOMICALLY AND ARTISTICALLY SUCCESSFUL ( so as to be optimistic).Cara ini perlukan ketahanan ketekunan kesabaran dan sifat dan "work culture" yang berbeda dan sentiasa mengasah "skill" dan menambah ilmu (angan mudah puas)Kita harus bersikap INDEPENDENT ,SELF SUFFICIENT dan menanam sifat jangan mengalah...ini lah cara yg kami percaya;cara yg susah tapi terbaik...alhamd...r.a.p. tahun ini 20tahun ...sungguhpun tak semeriah dulu...tapi kami teruskan... berbekalkan kepercayaan diri dan kesungguhan (passion vision and determination )Insyallah...Bunyi nya seperti abg tak kisah...I DO CARE ABOUT the industry...ye la mungkin suatu hari anak2 abg pun jadi penggiat seni muzik...tapi selalunya abg mengambil "the parallel approach" kerana ia lebih selamat (peka tapi tak mau terlibat dan terperangkap...buang masa)...Kami selalunya membuat perancangan sendiri...dan usahakan sendiri....independently..sehingga berjaya...memang makan masa..tapi baik untuk jangka masa panjang..Contoh Sheila,Zainal,Afdlin,Atilia,KRU,Search,Siti Nurhaliza...adalah hasil dari perancangan dan developement ...

Bakat bukannya minat
Lambat bukanlah penat
Cepat takut tak tepat
Dapat berkongsi rapat..
Ingat pantun ni ?
 
Untuk industry muzik kesayangan kita ni....  Abg tidak tau bagaimana kita nak menyelesaikan sesuatu perkara berkenaan dgn economy atau apa sekali pun tanpa fakta2 dan data2?

4 - Tidak ada kelemahan dalam muzik kita...Abg masih percaya muzik melayu is the most sweetest and soulful...hanya kelemahan dalam diri dan sifat pengiat2 seni muzik...Kebanyakan nya tidak ada perancangan yg rapi.tidak menggunakan fakta2 atau methodology yg sesuai dan tepat untuk menyelesaikan sesuatu...ramai diantara kita yg jahil dan senang dibuli.dan dipersendakan...kerana tidak berilmu...banyak hanya bercakap kosong tanpa bukti kukuh dan fakta2 ,statistik utk menyokong argumen mereka.... jadi banyak perkara yang di bincang pun kosong...tapi bising...hehehe... biasa la....Tanya "manager2" artis kita apa kah perancangan untuk artis2 mereka...jangka pandek...jangka panjang...selain kru dan bbrp artis2 nasyid yg berpandangan jauh (mereka tekun)...banyak yang tak tau hujung pangkal...Kebanyakannya tidak peka dgn perubahan besar dunia muzik...alatan2 dan cara membeli sudah evolved...tapi kebanyakan kita masih "barking at the wrong tree"...bergaduh sesama sendiri...menyalahkan tindakan masing2...mengapa?Kerana memang tidak ada sesiapa yg boleh disalahkan selain diri mereka sendiri...Masih lagi bercerita bagaimana nak jual banyak cd?Seolah olah hendak memperbaiki sesuatu barang yg tidak lama lagi akan pupus (obsolete)?Kalau album tak jual,mcm mana artis2 kita boleh survive selama ni?Maknanya perniagaan muzik masih aktif tapi "commodity" nya dan cara pembelian dan jualan sudah berubah"sudah evolved".Ada statistics?Tanya AIM;ada data2 yang boleh membantu kita analyse the indusrtry?Saya pernah cuba...mereka tak de...bz buat MLM ANUGERAH...Sekarang ni zaman tanya berapa banyak artis u punya DOWNLOADS? Bukan cd sales!Endorsements,synchronisations (music related business e.g.ringtones),private shows,events...etc.Ini semua pun pendapatan,bukan cd sales sahaja menjadi ukuran...Kita sepatutnya bertanya bagaiman kita nak exploit this perubahan...Orang2 senior dlm industry harus belajar dari anak2 muda kerana mereka lebih peka dan banyak yg kita boleh pelajari..."the young teach the old ...the old guides the young"...

5 - Pada abg...perniagaan muzik ni mcm menanam tanaman ...memang bermusim...kita harus bijak menguruskan tanaman kita...takkan nak salahkan cuaca yg kita dah tau tabiat nya?

WASSALAM
IKHLAS
ABG ROSLAN AZIZ